Melayan pelanggan dengan seadilnya adalah nilai teras bagi ACM Gold. Model Perniagaan kami, syarat dan peraturan juga polisi privasi kami sentiasa mempunyai nilai ini sebagi pegangan dan dorongan. Kami menganggap melayan pelanggan dengan seadilnya bukan sebagai satu polisi, malah ianya adalah sebagai komponen utama dalam memajukan sesuatu perniagaan.
Kami amat memberi penekanan kepada apa jua yang kami lakukan. Ini mendorong kami untuk menyediakan perkhidmatan dagangan dan khidmat nasihat yang terbaik dan bermutu tinggi kepada semua pelanggan kami. ACM Gold memahami keperluan dan fokus pelanggan kepada urusniaga yang telus dan adil. Kami berpendapat untuk menjalinkan hubungan kerja yang berterusan dan berpanjangan dengan semua pelanggan kami, kami perlu memberikan dan menuju kepada perkhidmatan dan produk yang sangat berkualiti.
Komitmen ACM Gold kepada Anda:
Komunikasi yang telus: Kami akan memastikan pelanggan ACM Gold menikmati suasana dagangan yang telus. Semua maklumat tentang produk ACM Gold, perkhidmatan seperti yuran, peraturan, komisen dan kos dinyatakan dengan jelas dan tepat. Kami juga akan memaklumkan kepada anda sebarang konflik kepentingan sejurus ianya sampai kepengetahuan kami.
Perkhidmatan berorientasikan Pelanggan: Kami akan mengambilkira keutamaan dagangan dan risiko anda sebelum memberikan cadangan atau nasihat berkaitan dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan urusniaga.
Amaran Awal : Kami akan memaklumkan kepada anda tentang sebarang gangguan dalam proses dagangan dan bagaimana untuk memperbaikinya sejurus ianya sampai kepengetahuan kami.
Pelaksanaan yang cepat : Kami akan menjawab segala kemusykilan anda dan melaksanakan urusniaga dengan cepat dan cekap.
Pengendalian Aduan secara professional : ACM Gold mempunyai sistem aduan untuk memastikan kami dapat memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Sasaran kami adalah untuk memberikan kepuasan dan sokongan kepada pelanggan kami dengan mengendalikan segala aduan secara professional dan segera.
Jalinan kerjasama maklumbalas : Kami sentiasa mengharapkan maklumbalas daripada anda.
Bolehkah anda bantu?
Terima kasih kerana melawat kami. Kami harap dapat memeberikan perkhidmatan kepada anda nanti.
ACM GOLD adalah satu badan diperakui oleh Financial Services Commission of Mauritius. Ahli kepada Global Board of Trade. Authorised Financial Services Provider by the Financial Services Board of South Africa. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.
Amaran Risiko : Untuk makluman, commodity futures, forex dan pertukaran asing adalah produk bermanfaat dan mungkin tidak sesuai untuk setiap orang kerana ia memungkinkan anda kehilangan dana lebih daripada yang anda depositkan. Sila pastikan anda telah memahami sepenuhnya risiko-risiko yang mungkin anda akan alami.

