Polisi Privasi ACM Gold
ACM Gold sangat menekankan dalam penjagaan segala maklumat peribadi dan rahsia yang dikongsi oleh pengguna dan pengunjung laman sesawang kami. Segala data yang dikongsi dengan kami adalah tertakluk kepada Polisi Privasi Forex. Kami adalah sah, berlesen dan diperakui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Mauritius (FSC) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Afrika Selatan (FSB). ACM Gold mematuhi syarat-syarat perlindungan data sebagaimana yang termaktub dalam Undang-undang Antarabangsa. Bagi mempertimbangkan semua situasi dan ancaman yang timbul disebabkan oleh penukaran operasi, teknologi, amalan dan peraturan perundangan, kami akan menyemak semula dan mengemaskini segala maklumat yang diperlukan dengan/tanpa pemberitahuan.
Apakah Maklumat Peribadi yang diperlukan oleh ACM Gold?
Apabila anda memohon untuk membuka akaun dagangan ACM Gold, kami memerlukan beberapa maklumat bagi memproses permintaan tersebut. Maklumat yang diperlukan termasuklah meklumat peribadi dan maklumat kewangan seperti nama, alamat, nombor untuk dihubungi, tarikh lahir, maklumat pekerjaan, liabiliti dan aset.
Untuk mengesahkan dagangan anda, kami juga perlu beberapa maklumat yang lebih terperinci. Kadang-kadang undang-undang memerlukan kami untuk mempunyai beberapa maklumat tentang pelanggan kami. Dalam kes ini, kami mendapatkan maklumat tersebut melalui borang permohonan dan borang permintaan maklumat kami yang lain.
ACM Gold memerlukan maklumat seperti berikut:
Bagaimana ACM Gold Menggunakan Maklumat yang dikongsi oleh Pedagang?
Maklumat pedagang ACM Gold digunakan untuk:
Pendedahan Maklumat
Berdasarkan kepada produk atau perkhidmatan yang berkaitan dan tertakluk kepada sekatan tertentu terhadap maklumat sensitif ACM Gold boleh mendedahkan maklumat tentang pedagang kepada:
Sekiranya anda tidak mahu berkongsi sebarang maklumat dengan agensi dan penyedia maklumat yang dinyatakan, sila hantar mesej bertulis kepada kami. Dalam situasi seperti ini, kami akan mengeluarkan segala maklumat anda dari pengkalan data dan seterusnya menarik semula perkhidmatan yang berkaitan.
Polisi Privasi Forex ACM Gold
Mengemaskini Maklumat
Sekiranya terdapat perubahan pada maklumat peribadi , anda boleh menghantar email kepada ACM Gold di support@acmgold.com secepat mungkin. ACM Gold akan mengemaskini butiran peribadi anda seperti yang telah dimaklumkan. Walaubagaimanapun, semua tindakan yang kami ambil harus konsisten dengan peraturan-peraturan yang menetapkan amalan perlindungan dan pengumpulan data kami. Sebagai ahli kepada Trading-Come-Clearing bagi Global Board of Trade (GBOT), polisi kami sentiasa selari dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh GBOT.
Penggunaan “Cookies”
Apabila anda membuka akaun dagangan ACM dan mengaksesnya melalui “browser” anda, maka akan muncul keperluan untuk mengaktifkan penerimaan “cookies”. “Cookies” atau paket kecil maklumat yang diterima oleh komputer anda dan mengandungi nombor pengenalan yang unik. Ianya digunakan oleh platform dan perkhidmatan kami untuk menyediakan “browser” bagi kegunaan, keperluan dan keutamaan anda. Dengan yang demikina ianya dapat membantu ACM Gold untuk meningkatkan pengalaman dagangan anda apabila menggunakan perkhidmtan kami. “Cookies” juga memainkan peranan yang penting dalam keselamatan pelbagai bahagian bagi perkhidmatan atas talian kami. Anda tidak akan dapat melihat bahagian yang dilindungi oleh laman sesawang ACM Gold tanpa “cookies”.
Hak Anda
Sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang perlindungan data yang menetapkan perkhidmatan perdagangan ACM Gold, semua pedagang berhak untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka daripada ACM Gold dan memberitahu kami tentang apa sahaja ketidaktepatan yang dirasakan. Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada kami di support@acmgold.com. Selagi ianya tidak melanggar undang-undang, kami akan akur dan melaksanakan permintaan anda dalam masa 40 hari dari hari permintaan dibuat. Anda mungkin perlu menanggung sebahagian kos untuk mencari, menyemak dan menghantar bahan yang diminta.
Pindaan polisi
ACM Gold berhak untuk meminda polisi yang dianggap bersesuaian pada bila-bila masa sahaja. Polisi privasi terkini boleh didapati di www.acmgold.com/privacy-policy.
Bagaimana untuk menghubungi kami
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Polisi Privasi Forex ACM Gold, Hubungi kami menggunakan butiran yang disediakan di bawah:
Sokongan Akaun: support@acmgold.com
Sokongan Teknikal Pelanggan: tech@acmgold.com
Jualan: sales@acmgold.com
Meja Dagangan: trading@acmgold.com
Pertanyaan Introducing Broker (IB): partnerships@acmgold.com
Pertanyaan lain: info@acmgold.com
ACM Gold Global Head Quarters
Suite 1-4, 12th Floor Sandton City Office Tower
Johannesburg
South Africa.
ACM GOLD adalah satu badan diperakui oleh Financial Services Commission of Mauritius. Ahli kepada Global Board of Trade. Authorised Financial Services Provider by the Financial Services Board of South Africa. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.
Amaran Risiko : Untuk makluman, commodity futures, forex dan pertukaran asing adalah produk bermanfaat dan mungkin tidak sesuai untuk setiap orang kerana ia memungkinkan anda kehilangan dana lebih daripada yang anda depositkan. Sila pastikan anda telah memahami sepenuhnya risiko-risiko yang mungkin anda akan alami.

